Maju Bersama Luno

Teroka dunia kripto dan mula melabur pada kesihatan kewangan anda

PANDELELA RINONG
ZAQUAN ADHA
"
Saya tahu mengenai kripto melalui rakan dan
ia mencetuskan minat saya dalam melakukan langkah pertama untuk belajar mengenainya."
"
Saya sentiasa berminat untuk meningkatkan kesihatan kewangan saya dan belajar mengenai kripto."

Adakah anda bersedia untuk maju?

Dalam bidang sukan, sebarang kemajuan memerlukan latihan, komitmen dan pelaburan terhadap kesihatan anda. Sama seperti kripto. Kami berganding bahu bersama penerjun Olimpik, Pandelela Rinong dan pemain bola sepak profesional, Zaquan Adha untuk kempen "Maju Bersama Luno".
Kejayaan dalam sukan dan pelaburan sentiasa dimulakan oleh langkah pertama. Jadi, sama ada anda bersedia untuk melabur atau ingin belajar untuk terus maju, kami di sini untuk membantu anda memulakan langkah pertama.
Kami akan mengadakan pelbagai acara dan aktiviti di seluruh Malaysia untuk kempen Maju Bersama Luno. Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terbaru kami dan cara-cara untuk anda menyertai kami.

Pelajari langkah anda

Ilmu adalah kuasa. Oleh itu, amat penting untuk anda melakukan kajian sendiri sebelum mula melabur dalam kripto. Jangan risau, kami di sini akan membantu anda.
Semak soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh ramai orang apabila mereka mula meneroka dunia kripto. Cari dan temui rentak serta keyakinan anda untuk membuat pelaburan jangka panjang bersama Luno.

Apa itu matawang kripto?


Matawang kripto ialah aset digital untuk era digital dan sering diterangkan sebagai tidak berpusat. Ini bermaksud ia beroperasi secara kendiri, dan bukan di bawah kawalan penguatkuasa pusat, seperti bank dan institut kewangan.

Matawang kripto beroperasi melalui rangkaian peer-to-peer, dimana setiap transaksi direkodkan pada lejar awam yang wujud pada rantaian blok. Setiap transaksi boleh disahkan secara bebas untuk memastikan rangkaiannya kekal selamat dan dilindungi.

Seperti perkara-perkara lain, anda tidak semestinya perlu menjadi pakar untuk meneroka dunia kripto. Tetapi yang pasti, anda perlu menyiapkan diri anda dengan sedikit ilmu sebelum mula melabur. Belajar ilmu-ilmu mengenai matawang kripto dan bagaimana ia berfungsi di Luno.



KETAHUI LAGI


Apa itu Bitcoin?


Bitcoin adalah matawang kripto paling popular di dunia. Ia dicipta pada tahun 2009 sebagai wang versi digital.

Sehingga hari ini, Bitcoin digunakan oleh berjuta-juta individu di seluruh dunia. Tambahan pula, ramai yang melihat Bitcoin lebih dari sekadar matawang digital. Mereka melihat Bitcoin sebagai nilai simpanan seperti emas. Oleh kerana bekalan Bitcoin adalah terhad, ia berupaya menyimpan nilai lebih baik berbanding jenis-jenis matawang lain.

Banyak lagi kelebihan Bitcoin yang anda perlu tahu. Baca lagi mengenai Bitcoin dan bagaimana ia berfungsi di Luno.



KETAHUI LAGI


Membongkar mitos-mitos Bitcoin


Seperti teknologi-teknologi baru lain, terdapat banyak salah anggap mengenai Bitcoin dan anda perlu bijak dalam menilai maklumat-maklumat yang dibaca. Anda akan menemui ramai individu yang menganggap Bitcoin hanyalah sekadar trend, dan individu-individu lain yang percaya Bitcoin adalah masa depan untuk segala-galanya. Sebelum anda mula melabur, anda perlu tahu bagaimana untuk mengenali fakta atau fiksyen.

Oleh sebab itu, kami sedia membantu anda dalam mengemudi selok belok dunia Bitcoin, mengasingkan antara fakta, mitos, hype dan khabar-khabar angin yang tidak masuk akal.



KETAHUI LAGI


Mahu menyertai lebih dari 700,000 rakyat Malaysia yang telah pun melabur dalam Bitcoin?

Muat turun aplikasi Luno hari ini dan mula melabur dengan serendah RM1.
© Hakcipta 2022