Apakah itu Aromaterapi?
Aromaterapi, yang juga dikenali sebagai terapi Minyak Pati, ditakrifkan oleh Persatuan Aromaterapi Holistik Kebangsaan (NAHA) sebagai seni dan sains penggunaan pati aromatik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan untuk menyeimbang, mengharmoni dan meningkatkan kesihatan fizikal, minda dan rohani.
Ia adalah kaedah semula jadi yang tidak bersifat invasif dan bertujuan untuk memberi manfaat terhadap seluruh badan, bukan sekadar menangani gejala atau penyakit. Selain itu, penggunaan minyak aromaterapi yang sesuai dapat membantu meningkatkan keupayaan semula jadi badan untuk menyeimbang, mengawal, memulih dan mengoptimumkan fungsinya.
Apakah itu Minyak Pati?
Minyak pati merupakan esen pekat tumbuhan yang diekstrak daripada bunga, daun, batang, biji benih, akar dan bahagian tumbuhan yang lain. Ia umpama 'darah' yang menyokong kehidupan tumbuhan. Ia berperanan menyembuhkan dan melindungi luka, membekalkan nutrien kepada sel dan menangkis serangan mikroorganisma berbahaya. Tanpa minyak pati, tumbuhan tidak dapat meneruskan kehidupannya.
Adakah Minyak Pati sama dengan minyak wangi?
Tidak. Minyak pati adalah pati pekat yang diekstrak daripada tumbuhan manakala minyak wangi dihasilkan secara sintetik dalam makmal. Banyak minyak pati yang dijual di pasaran sudah dicampur dengan bahan kimia atau dicairkan dengan minyak wangi, jadi setiap pengguna perlu mempertimbangkan reputasi syarikat pembekal dan hanya memilih syarikat yang mempraktikkan standard kawalan kualiti yang tinggi semasa membeli produk minyak pati.
Adakah Minyak Pati terhad untuk kegunaan aromaterapi sahaja?
Minyak pati adalah ekstrak tumbuhan yang sangat pekat untuk kegunaan aromaterapi. Disebabkan minyak pati tulen mempunyai kesan yang sangat kuat, pengguna disyorkan supaya merujuk kepada profesional terlatih untuk mengetahui nisbah pencairan minyak pati bagi sebarang tujuan lain selain aromaterapi, contohnya untuk pengambilan secara oral atau disapu pada kulit.
Apakah kegunaan lain untuk Minyak Pati?
Minyak pati mempunyai pelbagai kegunaan. Ciri aromatik semula jadi minyak pati sangat sesuai digunakan sebagai haruman untuk produk kosmetik, malah ia juga boleh dicampurkan dengan air di dalam diffuser untuk mengharumkan udara dalam rumah.
Minyak pati sering dikaitkan dengan kesihatan dan ciri penyembuhan. Untuk orang-orang yang diserang selesema, penyedutan wap minyak pati tertentu melalui rawatan stim sering kali berkesan untuk melegakan dan mengurangkan gejala. Minyak pati yang dicairkan pula boleh disapu pada kulit untuk kesan yang lebih baik, namun ia perlu dilakukan mengikut arahan profesional terlatih.
Bolehkah Minyak Pati diambil melalui mulut/ditelan?
Sikap tidak acuh sesetengah individu yang menyarankan pengambilan minyak pati melalui mulut adalah amalan yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya, minyak pati hanya boleh diambil untuk kegunaan dalaman di bawah pengawasan pengamal kesihatan. Syor ini adalah selaras dengan keperluan kawal selia pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan cadangan pakar-pakar bebas yang mengkhusus dalam bidang keselamatan penggunaan minyak pati.
Adakah Minyak Pati mempunyai sistem penggredan bagi menentukan kualitinya?
Tiada sistem penggredan rasmi yang menetapkan kategori sesuatu minyak pati sebagai gred A, B, C atau Terapeutik. Semua rangkaian produk truSÈNSSE dilabel sebagai minyak pati tulen. Sebagai pengguna, anda seharusnya merujuk kepada proses kawalan kualiti yang terlibat dalam penghasilan sesuatu minyak pati sebagai panduan untuk memilih produk terbaik.
Adakah negara pengeluar mencerminkan kualiti Minyak Pati?
Setakat ini, belum ada sistem penggredan yang ditetapkan bagi menentukan kualiti minyak pati. Negara pengeluar bukanlah cara terbaik untuk menilai gred minyak pati. Setiap pengguna seharusnya merujuk kepada proses kawalan kualiti yang terlibat dalam penghasilan sesuatu minyak pati. Itulah sebabnya anda disyorkan supaya membeli minyak pati daripada syarikat yang boleh dipercayai.
Bagaimanakah Minyak Pati truSÈNSSE dihasilkan?
Minyak pati lavender, pudina dan serai truSÈNSSE dirumus daripada pati tumbuhan yang sangat pekat dan diekstrak dengan teliti melalui proses penyulingan wap. Sila rujuk kepada komitmen S.A.F.E. kami.
Apakah ujian yang dijalankan terhadap minyak pati truSÈNSSE bagi memastikan ketekalan, ketulenan dan kualitinya mematuhi standard optimum?
Setiap pihak yang terlibat dalam aktiviti kawalan kualiti, rantaian bekalan dan penyelenggaraan produk Tupperware Brands mempraktikkan kriteria pemilihan pembekal dan pengesahan kualiti yang ketat bagi setiap kelompok minyak pati. Kami memastikan bahawa minyak pati truSÈNSSE tidak mengandungi sebarang bahan cemar melalui ujian yang terperinci serta proses kawalan kualiti yang ketat, selaras dengan standard antarabangsa.
Semua minyak pati truSÈNSSE menjalani sekurang-kurangnya 4 peringkat pemeriksaan (pengeluar bahan mentah, pembekal dagangan, pengilang, jabatan kawalan kualiti Tupperware Brands) dan sekurang-kurangnya 10 ujian yang berbeza bagi menyokong dan mengesahkan semua dakwaan produk (lihat rajah di bawah).
Bilakah Minyak Pati truSÈNSSE tamat tempoh?
Semua minyak pati truSÈNSSE boleh tahan sehingga 3 tahun jika disimpan dengan betul di tempat yang sejuk dan kering, manakala penutupnya mesti dipasang dengan ketat selepas setiap penggunaan. Minyak pati lazimnya tamat tempoh disebabkan proses pengoksidaan, yang biasanya berlaku apabila produk terdedah kepada oksigen dan kelembapan. Gunakan minyak pati anda dengan cepat dalam masa 12 bulan selepas dibuka dan sebelum minyaknya berubah menjadi tengik.
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya ambil semasa menggunakan Minyak Pati truSÈNSSE?
- Sentiasa rujuk kepada label produk untuk mengetahui arahan penggunaan.
- Untuk kegunaan luar sahaja, kecuali diarahkan oleh profesional terlatih untuk kegunaan lain.
- Mungkin merengsakan kulit. Cairkan minyak ini sekiranya perlu disapu terus pada kulit.
- Elakkan daripada terkena mata.
- Jauhkan daripada kanak-kanak.
- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah penyakit. Sekiranya anda sedang mengandung, menyusukan anak atau mengalami sebarang masalah perubatan, sila rujuk kepada profesional kesihatan sebelum menggunakan produk ini.
Dari negara manakah asalnya tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan seri minyak pati truSÈNSSE?
Minyak pati Lavender, Pudina dan Eucalyptus disuling dan dihasilkan di Australia, manakala minyak pati minyak pati Serai dan Rose Geranium disuling dan dihasilkan di India.
Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat mengenai pelbagai rumusan dan kegunaan minyak pati?
Sila klik di sini untuk meninjau beberapa campuran minyak pati, atau anda boleh merujuk pada halaman 7 (untuk Bahasa Inggeris) atau halaman 17 (untuk Bahasa Melayu) dalam buku panduan produk kami.
Sesetengah minyak pati daripada jenama lain boleh digunakan untuk membuat sabun. Bagaimana dengan Minyak Pati truSÈNSSE?
Minyak Pati truSÈNSSE, terutamanya Lavender, semestinya boleh digunakan untuk membuat sabun yang berasaskan tumbuhan semula jadi. Namun, bukan semua minyak pati sesuai untuk pembuatan sabun. Sebagai contoh, minyak pati Pudina (Peppermint) yang merangsang pengaliran darah mungkin terlalu kuat untuk digunakan pada kulit.
Adakah semua minyak pati dihasilkan daripada tumbuhan yang ditanam secara organik?
Bukan semua minyak pati boleh diiktiraf sebagai organik, terutamanya di Malaysia. Ini adalah disebabkan ketiadaan piawaian atau badan kawal selia untuk mengesahkan dakwaan sedemikian. Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihatkan supaya membaca label produk dan hanya membeli minyak pati daripada syarikat yang boleh dipercayai.
Apakah fungsi setiap minyak pati dan bila/di manakah ia boleh digunakan?
Minyak pati Lavender mengandungi linalool yang memberikan rasa tenang dan relaks. Untuk kesan terbaik, titiskan minyak ini ke dalam diffuser 30 minit sebelum tidur untuk menenangkan fikiran dan melegakan emosi. Minyak pati Pudina (Peppermint) pula mengandungi mentol yang mencergaskan minda dan merangsang deria semasa anda bekerja dan belajar. Harumannya yang dingin memenuhi ruang pejabat untuk menyegarkan minda dan meningkatkan daya tumpuan. Minyak pati Serai (Lemongrass) mengandungi citral yang bertindak sebagai agen antikulat dan antikeradangan semula jadi, oleh itu ia sangat sesuai digunakan di ruang tamu dan dapur untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dan menghalau serangga.
Adakah minyak pati selamat digunakan oleh individu yang mengalami masalah kekurangan Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?
Ya, minyak pati selamat digunakan melalui kaedah penyedutan (menyedutnya semasa menarik nafas).
Diffuser Aroma Florea 3-dalam-1
Apakah kapasiti Diffuser? Berapa lamakah tempoh operasi optimum sesuatu diffuser yang beroperasi pada kapasiti maksimum?
(Optimum bermaksud kepekatan minyak pati dikekalkan pada tahap yang sama).
Diffuser mempunyai kapasiti 150-200ml (di bawah paras maksimum) apabila diisi dengan air. Tempoh operasi optimum (berdasarkan ujian yang dilakukan pada unit contoh) ialah 8-9 jam sehingga air kering dengan sepenuhnya. Tempoh penggunaan diffuser bergantung pada paras air di dalam diffuser dan kelembapan udara di sekeliling diffuser.
Bagaimana saya boleh menggunakan minyak pati di dalam diffuser untuk mendapat kesan terapeutik?
Bergantung pada saiz bilik, cara terbaik untuk memperoleh kesan terapeutik melalui penggunaan diffuser adalah dengan menggunakan minyak pati yang lebih pekat (masukkan lebih banyak titis) dan meresapkannya ke udara dalam masa yang singkat. Letakkan 8-10 titis minyak pati ke dalam air, dan operasikan diffuser pada mod berterusan untuk tempoh tidak melebihi 2 jam di ruang sederhana hingga besar (> 13 meter persegi / 139.931 kaki persegi). Jika bilik anda kecil (≤ 13 meter persegi / 139.931 kaki persegi), anda boleh meresapkan 5-8 titis minyak pati pada mod berterusan untuk tempoh tidak melebihi 30 minit bagi setiap kali penggunaan.
Jika saya hanya mahu mengharumkan bilik atau menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan, bagaimana diffuser seharusnya digunakan?
Untuk mengharumkan bilik atau menceriakan mood anda, letakkan 3-5 titis minyak pati ke dalam air dan operasikan diffuser untuk tempoh yang lebih lama atau secara berterusan (bukan untuk tujuan terapeutik)